Wednesday, November 20, 2013

Dusun di Ulu Cepor

hari sabtu 16/11/2013 bercuti sambil menikmati durian di Dusun Ulu Cepor ,terasa  nikmat Allah yang Engkau berikan tidak terkata ,ya Allah ,kehidupan diatur dengan bijaksana Allah, lihat pemandangan di air sungai ini baru di dunia terasa indahnya inikan syurga mu yang lebih indah.





Friday, September 20, 2013

Penawar Penyakit Kanser

Sahabatku Mahani telah membeli buku ini dan malam tadi saya yelah menghayatinya 'memang benarlah ALQuran adalah mukjizat dan penawar segala penyakit dan pengkongsian mereka yang mengamal ayat AlQuran  dan yakin Allah yang Maha Pemberi Sakit dan Maha Penyembuh Sakit telah menyentuh hati saya kerana tujuan utama hidup adalah mendekatkan diri dengan MUdan Allah Maha Penyayang kepada hambanya dan pelbagai cara diberi 'kesempatan'' kepada hambanya,Kasihnya Allah, itulah jalan-jalan Nya ,Amalkan ayat/kalimah Allah,itulah penyembuh dan menjadi ubat atau penawar kepada  pesakit kanser ...  teringat bonda dan abangku

yang telah meninggalkan kami kerana kanser dan semoga merekan termasuk dalam gologan soleh dan solehah dengan rahmatMu Ya Allah
 semoga ianya memberi motivasi kepada kita untuk mendekat diri dengan Allah.

Saturday, July 6, 2013

Resipi Ibumertuaku


hari sabtu bersama keluarga dan inilah masanya nikamatnya memasak teringat gulai N.sembilan yang simple hanya dengan:-
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil/1labu bawang besar
sedikit halia
asam keping
cili mesin 
serbuk kari special dibeli di rembau
garam
kunyit
santan
3 ketul kentang

caranya
semua bahan digaul dengan ayam  kecuali santan, dah kecut ayam masukkan santan dan kentang.
hasilnya di atas

Friday, July 5, 2013

Meraikan persaraan kakak ku







tiada kata yang terucap oleh kakku ini....

Moments with jemaah surau pada 5/7/2013 jumaat yang indah untuk kakak semua yang akan bersara tahun ini, kak mas,kak latifah rabbaniyyah,kak Su (datin), terasa hidup ini pasti semua akan sampai ke penghujung , tidak kira di mana di ofis selagi kita di namakan makhluk , kita yang baru....itulah perjalanan hidup,Ya Allah hari ini aku diduga dengan isu pengurusan, alhamdulilah ya Allah baik atau buruk aku terima,insyaAllah Allah berjanji jika kita Jaga Allah, Allah akan Jaga kita,Yakin pada Allah ,mereka adalah makhluk mu juga  namun Engkau adalah sebaik-baik Penolong YaAllah.tunjukkanlah perkara yang baik itu adalah baik supaya aku mengikutinya dan tunjukkanlah perkara yang buruk itu adalah buruk supaya aku menghindarinya. sekarang hidupku dan rohku disetkan untuk menyambut Ramdhan Kareem ,mudahkanlah aku beribadat untuk mu ya Allah ,berzikir untukmu,mensyukuri nikmatMU...Amin. 

Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan checklist

Check List Amalan Di Bulan Ramadhan

Check List Amalan Di Bulan Ramadhan

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan)
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10. Jangan tidur sesudah sahur.
11. Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12. Tadarus pendek/Baca Mathurat/Manzil.
13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17. Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18. Solat Zuhur berjemaah.
19. Tadarus pendek.
20. Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21. Solat Asar berjemaah di Masjid.
22. Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24. Segera Solat Maghrib di Masjid.
25. Makan malam bersama keluarga.
26. Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

Sunday, June 30, 2013

Masjid Al riduwan bersama Kak chik

"Yakin pada Allah" usrah dhuha di masjid Alriduwan bersama anakku Min pada 29/6/2013
dimana tahap kita?,yakin yang teguh dapat kebaikan eg yakin kebaikan jika menjaga emak,ustazah menceritakan pencuri yang menghafal al Quran,kisah letak duit yang letak di bank Allah,sedekah di pusat tahfiz,Allah berjanji setaip1 diberi 10 kebajikan,belajar mencari keyakinan,Allah berilah keyakinan kepada ku, apakah kita yakin dengan hidayah Allah,kisah AlQiran surah Toha ayat 69,gambaran keyakinan pada Allah..Buahnya adalah kedamaian ,ketenangan,istiqamah,amal soleh juga ayat 70 ,kisah Nabi Musa,firaun,tukang sihir
Ya ,10 hari lagi menjelang Ramadhan semoga Allah sampaikan kita semua  untuk kita menambah ketaatan ,dekat dengan Allah, semua masalah selesai adukan ,rengetlah dengan Allah,Allah panggil kita dengan azan utk Allah beri, hadis jarak langit dengan bumi 500 tahun perjalanan,ketebalan langit juga 500..tahun perjalanan,,Maha Suci Allah,hasbirabbi jallah..cukuplah dengan Allah.Kesan yakin dengan Allah1.kita dekat dengan Allah 2.rasa kemanisan ibadah 3.takut melakukan maksiat

yakin ..dengan ikhtiar tetapkan dengan Allah,redha yang Allah redha,cinta yang Allah cintai,anak kita Allah yang beri hidayah,,mesti yakin Ya Allah berilah hidayah pada semua anakku ,suamiku keluargaku,lihat surrah Alrahman,,Allah yang ajar AlQuran,surah Annur ayat 10,impak ALQuran,ilmu AlQuran luas,yang tak suka ada kebaikan,orang yang suka buat jahat serah pada Allah,kerja kita ada mencari hikmah,kita dapat seawal ujian atau orang hebat

Sunday, June 23, 2013

Outing with myra and Ili


makan mi bandung sharing and caring,byk telah diluahkan termasuk susu zhulian di sponsor alhamdulilah Ya allah Nikmat,"maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang kamu hendak dustakan"" surah Arrahman-13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77

Tuesday, June 18, 2013

Perjalanan umrah

Alhamdulilah ya Allah hati amat tergerak untuk pergi ke Mekah dan Madinah,apa tidak nya cinta ku pada mu YaAllah dan rindu ku pada mu Ya Rasullullah s.a.w,borang telah dihantar dan persiapan ilmu yang rapi dan mental perlu di sediakan tips di internet dan kawan-kawan dihayati semua..hanya mencari penjalanan hidayah mu YaAllah,sesiapa hendak buat umrah unuk suntikan meningitis...boleh pergi hari sabtu disurau tabung haji,sambil dengan ceramah boleh terus suntik ,confirm bahan suci lagi halal (dimaklumkan oleh penceramah TH harga RM100 sedangkan di luar RM120.
tiket penerbangan
dalam penerbangan 
Hari Madinah
Hari di Mekahari d

Sunday, June 16, 2013

Maahad tahfiz Saadiyyah bersama anakku Myra

Pkl 3pm kami smpai di giant senawang syukur alhamdulilah mendengar perkembangan Myra tinggal 5 helai nak masuk 2 juzuk hafazan Allah yang maha mendengar syukur nya umi  Dan is juga calon koperal dr ting 1 banat Dan umi doakan nanti Myra dpt menjadi pegawai pulak wow byk diluahkan hingga org disekeliling tempat makan itu merenungnya kerana suara nya yg kuat hati kecil ketawa sendiri Dan akhirnya anakku min juga mengalah dengan memberi cushion yg dibeli Oleh sumaiku di changlun ..,,itu lah Adab anakku

Saturday, March 23, 2013

Sukan Anakku

Hari cuti sekolah bermula dan anakku yang bongsu juga ada hari sukannya di PULAPOL,dapat pingat emas untuk acara lariannya,teringat seperti ku di zaman kecil;So selepas tu terus ke Impiana Cherating untuk bercuti,Ya Rahman Ya Rahim Ya Waddud berilah kasih sayang Mu ke dalam keluarga ku semoga dengan kasih sayang dan cintaMU itu kami dapat mentaati perintah Mu dan mencari keredhaanMu,Teringat juga kata ustazah Natrah tentang saat,detik,ketika.Ruang dan Waktu,kita di beri Allah ruang = jangka masa ataupun umur untk kehidupan, adakah kita isi dengan semuanya itu untuk Allah ?berapa masa kehidupan ini di peruntukan untuk Allah5%,10% saja? selainnya untuk kehidupan makan untuk hidup or Hidup untuk makan? dimana kah diri ini? Ya Allah berilah kami semua jalan yang lurus itulah doa lima waktu kami ya Allah,panik juga hari Jumaat tu diminta ke depan untuk ketuai doa di surau ku  alhamdulilah Allah bagi ku kekuatan jua untuk membaca doa tafjirriyyah...

Saturday, March 16, 2013

Ayam Masak Kicap min

Hari melawat anakku mira dan ili, yes rindu dan masakan istimewa untuk min...
Bahan A :
  • 1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
  • 6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
  • 1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
  • 1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari *
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit *
  • 1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
  • 1 - 2 sudu besar air asam *
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan B :
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji kentang - potong baji dan goreng
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
  • 1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
  • sedikit daun sop,daun bawang - dihiris
Cara :
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
  2. Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
  4. Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
  5. Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
  6. Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
  7. Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

Friday, March 15, 2013

Agar-Agar Cocktail

Dah lama tak buat agar-agar cocktail and atas prmintaan anak i, kak long kita ni lets try resipi ni.

Bahan-bahan ( untuk 5 orang makan )

  • 1 paket agar-agar
  • 6 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin buahan cocktail atau kalau suka 1 tin laici

Cara-cara

  1. masak agar-agar bersama gula & air hingga hancur
  2. bila semua sudah hancur,matikan api dan masukkan susu cair
  3. kacau sekejap kmdian tuangkan dalam bekas yg sesuai
  4. tunggu ia sejuk dan mula membeku,barulah di curahkan buah2an cocktail dan laici ( kalu suka)
  5. akhir sekali masukkan dalam peti sejuk dan bila sejuk,boleh makan


Wednesday, March 13, 2013

Saya ♥ Al-Quran


MUQADDIMAH SURAH AL-BAQARAH

Surah ini ialah surah yang panjang sekali di antara surah-surah Al-Quran, mengandungi 286 ayat, dan meliputi juz pertama, juz kedua, dan tiga per lapan dari juz ketiga.

Surah "Al-Baqarah" ini diturunkan di Madinah sebaik-baik sahaja Nabi (s.a.w) berhijrah ke Madinah dan orang-orang Islam terbentuk sebagai satu umat dalam sebuah negara merdeka Negara Islam, yang berpenduduk bukan sahaja dari orang- orang Islam tetapi juga sebahagian kecil di antaranya ialah orang-orang Yahudi dan lain- lainnya.

Bagi memenuhi hajat umat Islam yang baharu terbentuk itu, yang memerlukan hukum-hukum syarak untuk mengatur hidupnya supaya selamat sempurna, dan memandu usaha mengembang- kan Islam kepada orang-orang yang bukan Islam, maka turunlah ayat-ayat suci yang terkandung di dalam surah Al-Baqarah ini dari semasa ke semasa, menurut peristiwa-peristiwa yang berlaku, memenuhi maksud-maksud dan tujuan yang tersebut.

Kandungan surah Al-Baqarah ini pada umumnya terbahagi kepada dua bahagian.

Dalam bahagian yang pertama kecuali beberapa ayat pada permulaan surah ini yang menegaskan kebenaran Al-Quran, dan menerangkan sifat orang-orang yang beriman, orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan menyeru umat manusia seluruhnya supaya menyembah Allah Yang Maha Esa dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain, serta diterangkan tentang kejadian manusia dan alam langit dan bumi, dan tentang balasan baik nikmat syurga), dan balasan buruk azab neraka), dan juga tentang perihal Nabi Adam (a.s.) serta keingkaran Iblis mulai dari ayat 39, firman Allah Taala ditujukan kepada kaum musyrik Arab dan kaum Yahudi supaya mereka memeluk Islam, dengan beriman kepada Kitab Allah Al-Quran dan kepada RasulNya Nabi Muhammad (s.a.w.).

Dalam bahagian yang kedua pula diterangkan secara luas tentang hukum-hukum syarak bagi mengatur kehidupan umat Islam meliputi: "ibadat" (sembahyang, zakat, puasa,haji, dan jenis-jenis kebajikan "Muamalat": berjualbeli, hutang piutang, wasiat, menjadi saksi dan sebagainya) "Munakahat": (nikah kahwin, talak dan segala yang berhubung dengannya) "Jinayat" (jenayah) serta soal-soal umum yang lain.

Dalam Sahih Muslim ada satu hadith yang maksud- nya: "Bacalah kamu surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya menerima ajarannya mendatangkan berkat (kebaikan yang banyak), dan membiarkannya (mencuaikannya) menyebabkan timbul perasaan sesal dan kecewa dan orang-orang yang menceburkan diri dalam keadaan yang batil (yang salah) tidak akan dapat menggunakan ajarannya".

Tafsir Surah Al Baqarah
1. Alif laam miin [10]. [10] Ialah huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan sebagian dari surat-surat Al Qur`an seperti: alif laam miim, alif laam raa, alif laam miim shaad dan sebagainya. Diantara ahli-ahli tafsir ada yang menyerahkan pengertiannya kepada Allah karena dipandang termasuk ayat-ayat mutasyaabihaat, dan ada pula yang menafsirkannya. Golongan yang menafsirkannya ada yang memandangnya sebagai nama surat, dan ada pula yang berpendapat bahwa huruf-huruf abjad itu gunanya untuk menarik perhatian para pendengar supaya memperhatikan Al Qur`an itu, dan untuk mengisyaratkan bahwa Al Qur`an itu diturunkan dari Allah dalam bahasa Arab yang tersusun dari huruf-huruf abjad. Kalau mereka tidak percaya bahwa Al Qur`an diturunkan dari Allah dan hanya buatan Muhammad s.a.w. semata-mata, maka cobalah mereka buat semacam Al Quran itu.
2. Kitab [11] (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertaqwa [12], [11] Tuhan menamakan Al Qur`an dengan Al Kitab yang di sini berarti `yang ditulis`, sebagai isyarat bahwa Al Qur`an diperintahkan untuk ditulis. [12] Takwa yaitu memelihara diri dari siksaan Allah dengan mengikuti segala perintah-perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-larangan-Nya tidak cukup diartikan dengan takut saja.
3. (yaitu) mereka yang beriman [13] kepada yang ghaib [14], yang mendirikan shalat [15], dan menafkahkan sebahagian rezki [16] yang Kami anugerahkan kepada mereka. [13] Iman ialah kepercayaan yang teguh yang disertai dengan ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda-tanda adanya iman ialah mengerjakan apa yang dikehendaki oleh iman itu. [14] Yang ghaib ialah yang tak dapat ditangkap oleh pancaindera. Percaya kepada yang ghjaib yaitu, meng-i`tikadkan adanya sesuatu `yang maujud` yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera, karena ada dalil yang menunjukkan kepada adanya, seperti: adanya Allah, Malaikat-Malaikat, Hari akhirat dan sebagainya. [15] Shalat menurut bahasa `Arab: doa. Menurut istilah syara` ialah ibadat yang sudah dikenal, yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, yang dikerjakan untuk membuktikan pengabdian dan kerendahan diri kepada Allah. Mendirikan shalat ialah menunaikannya dengan teratur, dengan melangkapi syarat-syarat, rukun-rukun dan adab-adabnya, baik yang lahir ataupun yang batin, seperti khusu`, memperhatikan apa yang dibaca dan sebagainya. [16] Rezki: segala yang dapat diambil manfa`atnya. Menafkahkan sebagian rezki, ialah memberikan sebagian dari harta yang telah direzkikan oleh Tuhan kepada orang-orang yang disyari`atkan oleh agama memberinya, seperti orang-orang fakir, orang-orang miskin, kaum kerabat, anak-anak yatim dan lain-lain.
4. dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur`an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu [17], serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat [18]. [17] Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum Muhammad s.a.w. ialah kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al Qur`an seperti: Taurat, Zabur, Injil dan Shuhuf-Shuhuf yang tersebut dalam Al Qur`an yang diturunkan kepada para Rasul. Allah menurunkan Kitab kepada Rasul ialah dengan memberikan wahyu kepada Jibril a.s., lalu Jibril menyampaikannya kepada Rasul. [18] Yakin ialah kepercayaan yang kuat dengan tidak dicampuri keraguan sedikitpun. Akhirat lawan dunia. Kehidupan akhirat ialah kehidupan sesudah dunia berakhir. Yakin akan adanya kehidupan akhirat ialah benar-benar percaya akan adanya kehidupan sesudah dunia berakhir.
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung [19]. [19] Ialah orang-orang yang mendapat apa-apa yang dimohonkannya kepada Allah sesudah mengusahakannya.
6. Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman.

Thursday, February 28, 2013

Kuliah Surau


Kitab Fiqh Munakahat Imam As Syafie dibawa oleh Ustaz Surizal hari ini mengenai Rukun Nikah dan yang perlu diketahui, ilmu kekeluargaan dan surah AnNur yang perlu kita fahami,alhamdulilah terasa banyak lagi perlu dipelajari dan difahami,,Ya Allah berilah hambaMu kefahaman tentang apa yang diajari hari ini,,ya banyak lagi ilmuMu Ya Allah hambaMu tidak tahu berilah kami,kawan kami  saudara kami dan semua umat Muhammad kasih sayang berkeluarga.
Terima kasih juga Allah hambamu berjaya mengedar risalah waqaf dan tahlil Maahad Saadiyyah terasa sedikit hambaMu ini membantu agamamu berilah hambamu kekuatan Ya Aziz Ya Qowiq Ya Matin
Sahabat ku banyak memberi daku semangat untuk coretan ini,terima kasih dan selamat berangkat untuk mengerjakan Umrah dan semoga mendapat umrah yang Mabrur...



Wednesday, February 27, 2013

Kuliah surau

Bidayatul Hidayah oleh Ustaz Azhar Hashim banyak memberi ingatan kepada diri ini iaitu waktu yang perlu dimanfaat iaitu waktu antara bermula azan maghrib ke waktu isyak,digelar juga waktu bermula qimulalail,waktu yang perlu dimanfaat dengan

  • solat sunat baadiyah maghrib 2 rakaat, tambah 2 rakaat( 4 rakaat),
  • sunat awabbin sekurangnya 6 rakaat,
  • zikirullah,
  • baca AlQuran 

sehingga hampir waktu isyak,,doa,muhasabah dan munajat pada Allah,tidak sebaliknya lagha dengan TV,hiburan dan kerja,meeting dan masih di pejabat ,,YaAllah kuatkan hati hambamu dan lapangkan waktu untuk hambamu dan keluarga ku,sanak saudaraku, kawan ku dan semua umat Nabi Muhammad S.A.W mendekati dan beramal dengan MU,Sesungguhnya amalan ada senjata kami untuk melawan nafsu,syaitan ibarat Singa yang ganas menanti di luar sana ,,jauhnya kami dengan khalifah Umar yang di amat digeruni oleh syaitan kerana syaitan tidak berani melalui jalan yang diakan di tempuh oleh Umar.