Saturday, July 6, 2013

Resipi Ibumertuaku


hari sabtu bersama keluarga dan inilah masanya nikamatnya memasak teringat gulai N.sembilan yang simple hanya dengan:-
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil/1labu bawang besar
sedikit halia
asam keping
cili mesin 
serbuk kari special dibeli di rembau
garam
kunyit
santan
3 ketul kentang

caranya
semua bahan digaul dengan ayam  kecuali santan, dah kecut ayam masukkan santan dan kentang.
hasilnya di atas

Friday, July 5, 2013

Meraikan persaraan kakak ku







tiada kata yang terucap oleh kakku ini....

Moments with jemaah surau pada 5/7/2013 jumaat yang indah untuk kakak semua yang akan bersara tahun ini, kak mas,kak latifah rabbaniyyah,kak Su (datin), terasa hidup ini pasti semua akan sampai ke penghujung , tidak kira di mana di ofis selagi kita di namakan makhluk , kita yang baru....itulah perjalanan hidup,Ya Allah hari ini aku diduga dengan isu pengurusan, alhamdulilah ya Allah baik atau buruk aku terima,insyaAllah Allah berjanji jika kita Jaga Allah, Allah akan Jaga kita,Yakin pada Allah ,mereka adalah makhluk mu juga  namun Engkau adalah sebaik-baik Penolong YaAllah.tunjukkanlah perkara yang baik itu adalah baik supaya aku mengikutinya dan tunjukkanlah perkara yang buruk itu adalah buruk supaya aku menghindarinya. sekarang hidupku dan rohku disetkan untuk menyambut Ramdhan Kareem ,mudahkanlah aku beribadat untuk mu ya Allah ,berzikir untukmu,mensyukuri nikmatMU...Amin. 

Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan checklist

Check List Amalan Di Bulan Ramadhan

Check List Amalan Di Bulan Ramadhan

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan)
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10. Jangan tidur sesudah sahur.
11. Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12. Tadarus pendek/Baca Mathurat/Manzil.
13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16. Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17. Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18. Solat Zuhur berjemaah.
19. Tadarus pendek.
20. Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21. Solat Asar berjemaah di Masjid.
22. Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24. Segera Solat Maghrib di Masjid.
25. Makan malam bersama keluarga.
26. Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.