Thursday, February 28, 2013
Kuliah Surau
Kitab Fiqh Munakahat Imam As Syafie dibawa oleh Ustaz Surizal hari ini mengenai Rukun Nikah dan yang perlu diketahui, ilmu kekeluargaan dan surah AnNur yang perlu kita fahami,alhamdulilah terasa banyak lagi perlu dipelajari dan difahami,,Ya Allah berilah hambaMu kefahaman tentang apa yang diajari hari ini,,ya banyak lagi ilmuMu Ya Allah hambaMu tidak tahu berilah kami,kawan kami saudara kami dan semua umat Muhammad kasih sayang berkeluarga.
Terima kasih juga Allah hambamu berjaya mengedar risalah waqaf dan tahlil Maahad Saadiyyah terasa sedikit hambaMu ini membantu agamamu berilah hambamu kekuatan Ya Aziz Ya Qowiq Ya Matin
Sahabat ku banyak memberi daku semangat untuk coretan ini,terima kasih dan selamat berangkat untuk mengerjakan Umrah dan semoga mendapat umrah yang Mabrur...
Wednesday, February 27, 2013
Kuliah surau
Bidayatul Hidayah oleh Ustaz Azhar Hashim banyak memberi ingatan kepada diri ini iaitu waktu yang perlu dimanfaat iaitu waktu antara bermula azan maghrib ke waktu isyak,digelar juga waktu bermula qimulalail,waktu yang perlu dimanfaat dengan
sehingga hampir waktu isyak,,doa,muhasabah dan munajat pada Allah,tidak sebaliknya lagha dengan TV,hiburan dan kerja,meeting dan masih di pejabat ,,YaAllah kuatkan hati hambamu dan lapangkan waktu untuk hambamu dan keluarga ku,sanak saudaraku, kawan ku dan semua umat Nabi Muhammad S.A.W mendekati dan beramal dengan MU,Sesungguhnya amalan ada senjata kami untuk melawan nafsu,syaitan ibarat Singa yang ganas menanti di luar sana ,,jauhnya kami dengan khalifah Umar yang di amat digeruni oleh syaitan kerana syaitan tidak berani melalui jalan yang diakan di tempuh oleh Umar.
- solat sunat baadiyah maghrib 2 rakaat, tambah 2 rakaat( 4 rakaat),
- sunat awabbin sekurangnya 6 rakaat,
- zikirullah,
- baca AlQuran
sehingga hampir waktu isyak,,doa,muhasabah dan munajat pada Allah,tidak sebaliknya lagha dengan TV,hiburan dan kerja,meeting dan masih di pejabat ,,YaAllah kuatkan hati hambamu dan lapangkan waktu untuk hambamu dan keluarga ku,sanak saudaraku, kawan ku dan semua umat Nabi Muhammad S.A.W mendekati dan beramal dengan MU,Sesungguhnya amalan ada senjata kami untuk melawan nafsu,syaitan ibarat Singa yang ganas menanti di luar sana ,,jauhnya kami dengan khalifah Umar yang di amat digeruni oleh syaitan kerana syaitan tidak berani melalui jalan yang diakan di tempuh oleh Umar.
Subscribe to:
Posts (Atom)