Wednesday, February 27, 2013

Kuliah surau

Bidayatul Hidayah oleh Ustaz Azhar Hashim banyak memberi ingatan kepada diri ini iaitu waktu yang perlu dimanfaat iaitu waktu antara bermula azan maghrib ke waktu isyak,digelar juga waktu bermula qimulalail,waktu yang perlu dimanfaat dengan

  • solat sunat baadiyah maghrib 2 rakaat, tambah 2 rakaat( 4 rakaat),
  • sunat awabbin sekurangnya 6 rakaat,
  • zikirullah,
  • baca AlQuran 

sehingga hampir waktu isyak,,doa,muhasabah dan munajat pada Allah,tidak sebaliknya lagha dengan TV,hiburan dan kerja,meeting dan masih di pejabat ,,YaAllah kuatkan hati hambamu dan lapangkan waktu untuk hambamu dan keluarga ku,sanak saudaraku, kawan ku dan semua umat Nabi Muhammad S.A.W mendekati dan beramal dengan MU,Sesungguhnya amalan ada senjata kami untuk melawan nafsu,syaitan ibarat Singa yang ganas menanti di luar sana ,,jauhnya kami dengan khalifah Umar yang di amat digeruni oleh syaitan kerana syaitan tidak berani melalui jalan yang diakan di tempuh oleh Umar.